Sidang Media Nahas Pesawat

Operasi mengesan cebisan mayat mangsa nahas pesawat di Elmina, dijangka selesai tengah hari ini. Dalam sidang media di lokasi kejadian, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata sembilan mangsa didapati tidak sempurna. “Pencarian kita di sini hampir 95% selesai. Mungkin dalam tengah hari dah selesai dan kita boleh buka semula laluan trafik kepada awam. Kita cuba,” katanya. Terdahulu, pihak berkuasa mengesan 10 mangsa di lokasi kejadian. Pesawat Beechcraft Model 390, yang membawa lapan individu termasuk dua anak kapal, dan seorang exco Pahang terhempas di Lebuhraya Guthrie petang semalam. Pemandu kereta dan penunggang motosikal turut maut selepas dirempuh pesawat malang itu Razarudin turut mengesahkan pesawat persendirian itu tidak mempunyai perakam data penerbangan pesawat, dan hanya dibina dengan perakam suara kokpit sahaja. “Bila kita tanya ada separuh yang tiada langsung, tetapi pesawat ini ada satu (perakam suara kokpit), jadi semalam perakam suara dah diambil Bahagian Siasatan K...