Sidang Media Nahas Pesawat

Operasi mengesan cebisan mayat mangsa nahas pesawat di Elmina, dijangka selesai tengah hari ini.

Dalam sidang media di lokasi kejadian, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata sembilan mangsa didapati tidak sempurna.

“Pencarian kita di sini hampir 95% selesai. Mungkin dalam tengah hari dah selesai dan kita boleh buka semula laluan trafik kepada awam. Kita cuba,” katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa mengesan 10 mangsa di lokasi kejadian.

Pesawat Beechcraft Model 390, yang membawa lapan individu termasuk dua anak kapal, dan seorang exco Pahang terhempas di Lebuhraya Guthrie petang semalam.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal turut maut selepas dirempuh pesawat malang itu

Razarudin turut mengesahkan pesawat persendirian itu tidak mempunyai perakam data penerbangan pesawat, dan hanya dibina dengan perakam suara kokpit sahaja.

“Bila kita tanya ada separuh yang tiada langsung, tetapi pesawat ini ada satu (perakam suara kokpit), jadi semalam perakam suara dah diambil Bahagian Siasatan Kemalangan Udara untuk siasatan,” katanya.

Mengenai pemandu kereta yang dilaporkan pemandu e-hailing, beliau berkata pihaknya membuat semakan dengan syarikat pengendali dan mendapati mangsa menolak pesanan penumpang pada 2 petang sebelum kejadian.

“Kita syaki dia seorang tetapi kita hanya akan tahu selepas selesai ujian DNA sama ada ada lebih (mangsa) atau tidak,” katanya.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

#KhidmatMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia