[KRONOLOGI] Berikut adalah kronologi kehilangan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella: [14 DISEMBER 2023] - Mila Shamila Samsusah atau Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu. [15 DISEMBER 2023] - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja. [16 DISEMBER 2023] - Laporan polis pertama mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. [18 DISEMBER 2023] - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. [27 DISEMBER 2023] Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmil...
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan. Ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif. "Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru. "Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.
IPOH - "Siapapun pelakunya, saya mahu keadilan terhadap kematian adik saya". Itu harapan disuarakan kakak kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat. Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun. Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dipercayai seorang anggota polis dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.
Comments
Post a Comment