Rasmi : PN Sapu Bersih Di Terengganu

Marang: Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, PN menang bergaya di semua 32 DUN ditandingi hasil gabungan Pas dan Bersatu sekali gus mencapai sasaran yang diletakkan sebelum ini.



Kemenangan itu meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Terengganu bersama rakan gabungan mereka, Pakatan Harapan (PH).

Lebih mengejutkan beberapa nama besar daripada BN termasuk dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman kecundang di kerusi tradisi BN.

Comments

Popular posts from this blog

KRONOLOGI KES ADIK ZAYN FAMILY

Kronologi 90 peratus siasatan Kes Zayn Rayyan

Kronologi Kes Sebenar Kehilangan Bella