Manifesto Menarik YB Altimet

 Saya akan mula bekerja dan berkhidmat kepada rakyat - Altimet. 

Ampang: "Saya lebih senang dengan panggilan Ahmad berbanding Altimet."

Demikian komen penyanyi rap dan komposer terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet selepas secara rasmi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia lebih senang dengan panggilan Ahmad berbanding nama popularnya Altimet, tetapi menyerahkan kepada orang ramai untuk memanggilnya.

Mengulas mengenai kemenangannya, Syed Ahmad, 45, berkata, ia adalah penghormatan terbesar diterima sepanjang hidupnya.

"Saya terharu dan teruja, esok saya akan mula bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.Ma

"Esok pagi juga saya akan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas sebagai meraikan kemenangan ini," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Ampang Indah, di sini, sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia