Wajah Anak Neelofa

Inilah wajah Abdullah Abbas anak PU Riz, Neelofa

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa buat kali pertama berkongsi wajah putera kedua yang dilahirkan 11 Julai lalu, iaitu Abdullah Abbas, melalui hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, membuktikan dirinya berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai.

Aksi Abbas itu dirakam ketika bayi itu menjalani sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio. Melalui entri lain, pengacara Next To Neelofa itu turut memuat naik foto bayinya itu sedang meniarap.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia