Berita Baik Untuk Rakyat Negeri Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya negeri (PRN) ini pada Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.

"Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk kerajaan negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan," katanya ketika berucap pada Amanat Khas Menteri Besar Selangor yang disiarkan di Facebook beliau pada Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia