Terkini : Muhyiddin Yassin Bebas

Kuala Lumpur: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan berkenaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Muhammad Jamil berkata, keempat-empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

"Mahkamah berpendapat pertuduhan yang dihadapi (Muhyiddin) tidak mendedahkan butiran kesalahan yang dilakukan menyebabkan tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.

"Jika perbicaraan diteruskan akan menyebabkan Muhyiddin tidak dapat menyediakan pembelaan sewajarnya dan menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah," kata hakim itu.

Mengulas lanjut, hakim itu berkata, kegagalan pihak pendakwaan selaku responden menyatakan cara kesalahan dilakukan sama ada Muhyiddin membuat keputusan atau mengambil tindakan dan berhubung perkara apa, maka empat pertuduhan itu tidak mematuhi keperluan mandatori Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia