Posts

Showing posts from January, 2024

Pendedahan Saksi Pekerja Carwash Kes Bella

Image
Misteri kehilangan ibu tunggal, Bella akhirnya terjawab apabila satu rangka manusia ditemui dalam sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. BACA: Kakak Kepada Mangsa Dibunuh Kejam, Bella Muat Naik Kenyataan Panjang Lebar Terbaru, laporan 999 mendedahkan suspek kes iaitu teman lelaki Bella ada ke sebuah pusat cuci kereta untuk membersihkan kereta pada waktu solat Jumaat. Pekerja carwash mendakwa suspek membersihkan keretanya sendiri dan meminta dua pekerja carwash membantunya vacuum bahagian dalam kereta. Dia melihat bahagian dalam kereta suspek kotor dengan kesan lumpur dan tanah. Mereka dikatakan berkawan kerana suspek sebelum ini bekerja sambilan di situ namun berhenti pada Ogos tahun lalu. Selepas membersihkan kereta, suspek dilihat tergesa-gesa dan tak melepak seperti kebiasaan yang dilakukannya. Kredit: TikTok Areesya Khalim 999

Video rakaman remaja dipukvl bapa

Image
REMBAU - Angkara mabuk, seorang bapa dipercayai tergamak menendang anak kandung perempuannya berusia 17 tahun selain menghentak mangsa dengan besi papan seterika, pada Rabu. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kaunter aduan Balai Polis Kota menerima maklumat kejadian yang berlaku di Kampung Baru Kendong, di sini jam 12 tengah malam. Seorang lelaki mengatakan kawannya dipukul oleh bapanya sendiri di rumah. "Ekoran itu suspek berusia 47 tahun telah ditahan di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk dan telah dibawa ke Balai Polis Kota untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Menurutnya, mangsa pula dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ujarnya, pemeriksaan mendapati, mangsa luka di bahagian kiri kepala dan menerima 12 jahitan selain turut luka di bahagian tangan kanan dan lebam di bahu kanan. "Mangsa akan dirujuk ke Hospital Kuala Pilah," katanya. Jelas Hazri, terdapat saksi yang merakam kejad

Punca utama pembunuhan Bella

Image
Johor Bahru: Motif pembunuhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, adalah disebabkan cemburu dan sakit hati. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata motif berkenaan dikenal pasti hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis. "Motif pembunuhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati. "Kes bunuh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita. Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini. Terdahulu, Razarudin menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di IPK Johor. Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kehilangan Bella yang mempunyai dua anak, Eusof Abdul Fat

Identiti Suspek Didakwa Bunvh Bella

Image
BATU PAHAT: Kompleks Mahkamah Batu Pahat di sini, menjadi tumpuan ramai kerana suspek pembunuhan ibu tunggal Bella atau nama penuhnya, Mila Sharmila Samsusah, bakal didakwa atas tuduhan membunuh wanita itu. Selain orang awam yang berminat mengikuti prosiding itu, ahli keluarga Bella turut hadir bagi mendengar pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan. Mereka dilihat tiba di mahkamah seawal jam 8 pagi. Turut kelihatan ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norhisham, 36. Teman lelaki Bella yang ketika ini berada dalam tahana polis dijangka menghadapi tuduhan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek dibawa ke mahkamah sekitar jam 8.20 pagi sambil dikawal ketat pasukan polis. Sebelum ini, lelaki itu adalah individu yang membawa polis ke lokasi sebelum rangka Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, pada jam 2 petang Jumaat lalu. Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan ia milik Bella. Se

Suspek Utama Kes Bella Akan Didakwa Esok

Image
Johor Bahru: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung 9 pagi. Suspek berkenaan adalah antara tiga suspek yang ditahan polis bagi siasatan lanjut mengenai kes kehilangan wanita itu termasuk kes penemuan satu rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu. Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi, pada 14 Disember tahun lalu. Terdahulu,  tiga suspek lelaki  termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka yang tidak sempurna terbabit sebelum direma

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Image
BATU PAHAT - Misteri identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, pada Jumaat lalu, akhirnya menemui jawapan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diterima lewat petang Selasa. Menurutnya, melalui laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu. "Sampel patologi telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari dan laporan analisa DNA diterima pihak polis hari ini. "Pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru," katanya melalui kenyataan pada Selasa. Menurut Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang

test

Image
 

Kronologi Kes Sebenar Kehilangan Bella

Image
[KRONOLOGI] Berikut adalah kronologi kehilangan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella: [14 DISEMBER 2023] - Mila Shamila Samsusah atau Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu. [15 DISEMBER 2023] - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja. [16 DISEMBER 2023] - Laporan polis pertama mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. [18 DISEMBER 2023] - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. [27 DISEMBER 2023] Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmil

Kronologi 90 peratus siasatan Kes Zayn Rayyan

Image
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan. Ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif. "Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru. "Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

30 Negara Terlibat Sokong Afrika Selatan Lawan Isra3l

Image
BAITULMUQADDIS: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague akan mengadakan perbicaraan pertamanya dalam kes pembunuhan beramai-ramai oleh Israel pada hari ini. Menurut  Al Jazeera , beberapa negara dilaporkan amat mengalu-alukan langkah itu, malah, seluruh dunia mengharapkan gencatan senjata dilakukan di Gaza. Afrika  Selatan memfailkan tuntutan mahkamah pada akhir Disember lalu yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam perangnya ke atas Gaza dan berusaha menghentikan serangan tentera kejam yang membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin. Sehingga kini, hampir 10,000 yang terbunuh adalah kanak-kanak. Pemfailan setebal 84 muka surat oleh Afrika Selatan mengatakan Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948, yang dibuat selepas Perang Dunia II dan Holocaust. Kedua-dua Israel dan Afrika Selatan adalah penandatangan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberikan ICJ, sebuah badan perundangan PBB tertinggi kuasa memutuskan pertikaian

Ahli senario meninggal dunia

Image
Hamdan Senario meninggal dunia KUALA LUMPUR: Pelawak Hamdan Ramli, 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi. Pemergian anggota kumpulan Senario itu disahkan rakannya, Azlee Jaafar. Azlee berkata, jenazah arwah Hamdan dijangka dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini. "Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, jam 12.50 tengah hari tadi. "Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah. "Saya sudah menguruskan van jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh. "Kami menjangkakan jenazah akan tiba sekitar jam 8 malam, tapi bila akan dikebumikan belum pasti. "Itu perlu tanya keluarga arwah dahulu," katanya ketika dihubungi BH Online Hamdan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman se