Kronologi Kes Sebenar Kehilangan Bella

[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi kehilangan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella:

[14 DISEMBER 2023] - Mila Shamila Samsusah atau Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu.

[15 DISEMBER 2023] - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

[16 DISEMBER 2023] - Laporan polis pertama mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

[18 DISEMBER 2023] - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

[27 DISEMBER 2023]

Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan

Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, sejak 14 Disember lalu.

[28 DISEMBER 2023]

Bella hilang: Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, sejak 14 Disember 2023 lalu.

Polis masih siasat kes kehilangan Bella

Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember 2023 lalu akan ditentukan pada Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia