Kronologi 90 peratus siasatan Kes Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.

Ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif.

"Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru.



"Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia