30 Negara Terlibat Sokong Afrika Selatan Lawan Isra3l


BAITULMUQADDIS: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague akan mengadakan perbicaraan pertamanya dalam kes pembunuhan beramai-ramai oleh Israel pada hari ini.

Menurut Al Jazeera, beberapa negara dilaporkan amat mengalu-alukan langkah itu, malah, seluruh dunia mengharapkan gencatan senjata dilakukan di Gaza.

Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah pada akhir Disember lalu yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam perangnya ke atas Gaza dan berusaha menghentikan serangan tentera kejam yang membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin.

Sehingga kini, hampir 10,000 yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Pemfailan setebal 84 muka surat oleh Afrika Selatan mengatakan Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948, yang dibuat selepas Perang Dunia II dan Holocaust.

Kedua-dua Israel dan Afrika Selatan adalah penandatangan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberikan ICJ, sebuah badan perundangan PBB tertinggi kuasa memutuskan pertikaian mengenai perjanjian itu.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia