Suspek Utama Kes Bella Akan Didakwa Esok


Johor Bahru: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung 9 pagi.

Suspek berkenaan adalah antara tiga suspek yang ditahan polis bagi siasatan lanjut mengenai kes kehilangan wanita itu termasuk kes penemuan satu rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu.

Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi, pada 14 Disember tahun lalu.

Terdahulu, tiga suspek lelaki termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka yang tidak sempurna terbabit sebelum direman sehingga 27 Januari ini, susulan kes berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia