Identiti Suspek Didakwa Bunvh Bella


BATU PAHAT: Kompleks Mahkamah Batu Pahat di sini, menjadi tumpuan ramai kerana suspek pembunuhan ibu tunggal Bella atau nama penuhnya, Mila Sharmila Samsusah, bakal didakwa atas tuduhan membunuh wanita itu.


Selain orang awam yang berminat mengikuti prosiding itu, ahli keluarga Bella turut hadir bagi mendengar pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan.


Mereka dilihat tiba di mahkamah seawal jam 8 pagi.


Turut kelihatan ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norhisham, 36.


Teman lelaki Bella yang ketika ini berada dalam tahana polis dijangka menghadapi tuduhan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Suspek dibawa ke mahkamah sekitar jam 8.20 pagi sambil dikawal ketat pasukan polis.


Sebelum ini, lelaki itu adalah individu yang membawa polis ke lokasi sebelum rangka Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, pada jam 2 petang Jumaat lalu.


Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan ia milik Bella.


Selain teman lelaki, dua lagi individu dipercayai bapa saudara teman lelaki dan rakannya turut ditahan bagi membantu siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia