Posts

Showing posts from December, 2023

Punca ramasamy saman zakir naik

Image
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik atas dakwaan memfitnahnya satu ceramah di Nigeria, bulan lalu. Ramasamy memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal. Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya, Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu. Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di Facebook (FB) miliknya yang mempunyai kira-kira 23 juta pengikut.

Ramasamy pula saman Zakir Naik

Image
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik atas dakwaan memfitnahnya satu ceramah di Nigeria, bulan lalu. Ramasamy memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal. Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya, Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu. Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di Facebook (FB) miliknya yang mempunyai kira-kira 23 juta pengikut.

Lapangan terbang tutup Israel hadapi ekonomi merundum teruk

Image
TEL AVIV: Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di  Israel  terpaksa memberi cuti tanpa gaji kepada sekurang-kurangnya 600 pekerjanya selepas semakin banyak penerbangan antarabangsa tidak mendarat di sana. Pengurangan ketibaan penerbangan antarabangsa di Israel itu diakibatkan kebimbangan susulan perang yang meletus antara tentera Zionis dengan kumpulan pejuang Hamas.

Pegawai Polis Langgar Zaharif Didakwa Esok

Image
Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara memaklumkan pendakwaan terhadap suspek kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, esok. Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek yang juga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. "Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek. "Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan," katanya.

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Image
Ipoh: "40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih. Dia (pelaku) keluar kereta boleh tengok sahaja tanpa reaksi hendak suruh anak masuk dalam keretanya untuk dibawa ke hospital atau bertanyakan bagaimana keadaan dia sebelum 'blah' (beredar) dari situ. Itu luahan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, iaitu bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini kelmarin. Dia yang juga pesara tentera meluahkan sedemikian di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika Mohd Yusri melakukan kunjungan ziarah ke kediaman Muhd Zamrie di Taman Chepor Sentosa, di sini petang semalam. Terdahulu sewaktu menyambut ketibaan Mohd Yusri di anjung rumah, Muhd Zamrie dilihat gagal menahan emosi sedih malah rebah dan hampir pengsan sewaktu berpelukan dengan Mohd Yusri.

Barang harga kurang rm500 akan dicukai

Image
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam). Malaysia sepatutnya mengenakan cukai barang bernilai rendah sebanyak 10 peratus ke atas barang berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi ditangguhkan oleh Kastam pada Mac tahun ini. Menerusi soalan lazim mengenai cukai jualan barang bernilai rendah yang diterbitkan di laman sesawang Kastam pada 6 November 2023, jabatan itu berkata, pengenaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah akan bermula pada 1 Januari 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Kronologi Kejadian Pelajar Maut Dilanggar Polis

Image
IPOH - "Siapapun pelakunya, saya mahu keadilan terhadap kematian adik saya". Itu harapan disuarakan kakak kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat. Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun. Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dipercayai seorang anggota polis dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Seorang terbabit dalam kes zayn rayyan

Image
KLANG: Polis memperoleh petunjuk siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada 6 Disember lalu menjurus kepada seorang suspek. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan bagaimanapun berkata, siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit. "Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa), kita percaya seorang individu (terbabit) kita tengok semua sudut, semua 'database' polis..dan juga 'mass screening'. "Kita harap kita boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada menjurus kepada seorang individu. "Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu..jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu. "Kita (polis) tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta," katanya diminta mengulas perkembangan sia

KRONOLOGI KES ADIK ZAYN FAMILY

Image
Petaling Jaya: Hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik. "Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri). "Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, malam ini