Luahan hati bapa mangsa pelajar


Ipoh: "40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih. Dia (pelaku) keluar kereta boleh tengok sahaja tanpa reaksi hendak suruh anak masuk dalam keretanya untuk dibawa ke hospital atau bertanyakan bagaimana keadaan dia sebelum 'blah' (beredar) dari situ.

Itu luahan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, iaitu bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini kelmarin.

Dia yang juga pesara tentera meluahkan sedemikian di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika Mohd Yusri melakukan kunjungan ziarah ke kediaman Muhd Zamrie di Taman Chepor Sentosa, di sini petang semalam.

Terdahulu sewaktu menyambut ketibaan Mohd Yusri di anjung rumah, Muhd Zamrie dilihat gagal menahan emosi sedih malah rebah dan hampir pengsan sewaktu berpelukan dengan Mohd Yusri.

Comments

Popular posts from this blog

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia