Pegawai Polis Langgar Zaharif Didakwa Esok


Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara memaklumkan pendakwaan terhadap suspek kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek yang juga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

"Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

"Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia