Kronologi Kejadian Pelajar Maut Dilanggar Polis



IPOH - "Siapapun pelakunya, saya mahu keadilan terhadap kematian adik saya".


Itu harapan disuarakan kakak kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat.


Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.


Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dipercayai seorang anggota polis dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Comments

Popular posts from this blog

KRONOLOGI KES ADIK ZAYN FAMILY

Kronologi 90 peratus siasatan Kes Zayn Rayyan

Kronologi Kes Sebenar Kehilangan Bella