KRONOLOGI KES ADIK ZAYN FAMILY

Petaling Jaya: Hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang kelmarin.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.


"Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).


"Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, malam ini




Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia