Barang harga kurang rm500 akan dicukai


KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Malaysia sepatutnya mengenakan cukai barang bernilai rendah sebanyak 10 peratus ke atas barang berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi ditangguhkan oleh Kastam pada Mac tahun ini.

Menerusi soalan lazim mengenai cukai jualan barang bernilai rendah yang diterbitkan di laman sesawang Kastam pada 6 November 2023, jabatan itu berkata, pengenaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah akan bermula pada 1 Januari 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.


Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia