Kes Bunuh Bella Laporan Forensik

Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret pada Isnin menetapkan tarikh 11 Mac untuk sebutan semula kes pertuduhan terhadap Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, Disember lalu.

Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik.

Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Sebahagian keluarga Bella di hadapan Mahkamah Majistret, Batu Pahat, pada Isnin.

Tarikh berkenaan sebelum itu dicadangkan oleh peguam Mohammad Haikal, Syahril Anuar dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan.

Pada 24 Januari lalu, bekas posmen itu buat pertama kali didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan sebelum ini, dia didakwa membunuh Mila Sharmilah antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Comments

Popular posts from this blog

Luahan hati bapa mangsa pelajar

Penjelasan Penuh Polis Sahkan Rangka Milik Bella

Ahli senario meninggal dunia