Posts

Kes bunuh Bella laporan forensik

Image
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik BATU PAHAT - Mahkamah Majistret pada Isnin menetapkan tarikh 11 Mac untuk sebutan semula kes pertuduhan terhadap Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, Disember lalu. Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik. Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar. Sebahagian keluarga Bella di hadapan Mahkamah Majistret, Batu Pahat, pada Isnin. Tarikh berkenaan sebelum itu dicadangkan oleh peguam Mohammad Haikal, Syahril Anuar dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan. Pada 24 Januari lalu, bekas posmen itu buat pertama kali didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu namun tiada pengakuan direkod

Kes Bunuh Bella Laporan Forensik

Image
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik BATU PAHAT - Mahkamah Majistret pada Isnin menetapkan tarikh 11 Mac untuk sebutan semula kes pertuduhan terhadap Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, Disember lalu. Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik. Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar. Sebahagian keluarga Bella di hadapan Mahkamah Majistret, Batu Pahat, pada Isnin. Tarikh berkenaan sebelum itu dicadangkan oleh peguam Mohammad Haikal, Syahril Anuar dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan. Pada 24 Januari lalu, bekas posmen itu buat pertama kali didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu namun tiada pengakuan direkod

Pendedahan Saksi Pekerja Carwash Kes Bella

Image
Misteri kehilangan ibu tunggal, Bella akhirnya terjawab apabila satu rangka manusia ditemui dalam sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. BACA: Kakak Kepada Mangsa Dibunuh Kejam, Bella Muat Naik Kenyataan Panjang Lebar Terbaru, laporan 999 mendedahkan suspek kes iaitu teman lelaki Bella ada ke sebuah pusat cuci kereta untuk membersihkan kereta pada waktu solat Jumaat. Pekerja carwash mendakwa suspek membersihkan keretanya sendiri dan meminta dua pekerja carwash membantunya vacuum bahagian dalam kereta. Dia melihat bahagian dalam kereta suspek kotor dengan kesan lumpur dan tanah. Mereka dikatakan berkawan kerana suspek sebelum ini bekerja sambilan di situ namun berhenti pada Ogos tahun lalu. Selepas membersihkan kereta, suspek dilihat tergesa-gesa dan tak melepak seperti kebiasaan yang dilakukannya. Kredit: TikTok Areesya Khalim 999

Video rakaman remaja dipukvl bapa

Image
REMBAU - Angkara mabuk, seorang bapa dipercayai tergamak menendang anak kandung perempuannya berusia 17 tahun selain menghentak mangsa dengan besi papan seterika, pada Rabu. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kaunter aduan Balai Polis Kota menerima maklumat kejadian yang berlaku di Kampung Baru Kendong, di sini jam 12 tengah malam. Seorang lelaki mengatakan kawannya dipukul oleh bapanya sendiri di rumah. "Ekoran itu suspek berusia 47 tahun telah ditahan di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk dan telah dibawa ke Balai Polis Kota untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Menurutnya, mangsa pula dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ujarnya, pemeriksaan mendapati, mangsa luka di bahagian kiri kepala dan menerima 12 jahitan selain turut luka di bahagian tangan kanan dan lebam di bahu kanan. "Mangsa akan dirujuk ke Hospital Kuala Pilah," katanya. Jelas Hazri, terdapat saksi yang merakam kejad

Punca utama pembunuhan Bella

Image
Johor Bahru: Motif pembunuhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, adalah disebabkan cemburu dan sakit hati. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata motif berkenaan dikenal pasti hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis. "Motif pembunuhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati. "Kes bunuh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita. Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini. Terdahulu, Razarudin menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di IPK Johor. Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kehilangan Bella yang mempunyai dua anak, Eusof Abdul Fat

Identiti Suspek Didakwa Bunvh Bella

Image
BATU PAHAT: Kompleks Mahkamah Batu Pahat di sini, menjadi tumpuan ramai kerana suspek pembunuhan ibu tunggal Bella atau nama penuhnya, Mila Sharmila Samsusah, bakal didakwa atas tuduhan membunuh wanita itu. Selain orang awam yang berminat mengikuti prosiding itu, ahli keluarga Bella turut hadir bagi mendengar pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan. Mereka dilihat tiba di mahkamah seawal jam 8 pagi. Turut kelihatan ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norhisham, 36. Teman lelaki Bella yang ketika ini berada dalam tahana polis dijangka menghadapi tuduhan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek dibawa ke mahkamah sekitar jam 8.20 pagi sambil dikawal ketat pasukan polis. Sebelum ini, lelaki itu adalah individu yang membawa polis ke lokasi sebelum rangka Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, pada jam 2 petang Jumaat lalu. Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan ia milik Bella. Se

Suspek Utama Kes Bella Akan Didakwa Esok

Image
Johor Bahru: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung 9 pagi. Suspek berkenaan adalah antara tiga suspek yang ditahan polis bagi siasatan lanjut mengenai kes kehilangan wanita itu termasuk kes penemuan satu rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu. Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi, pada 14 Disember tahun lalu. Terdahulu,  tiga suspek lelaki  termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka yang tidak sempurna terbabit sebelum direma