Posts

Showing posts from September, 2023

Nahas 5 kenderaan: Polis sahkan 6 beranak maut, identiti dikenal pasti

Image
Segamat: Polis mengesahkan enam beranak maut dalam kemalangan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Beliau berkata, kemalangan berlaku kira-kira 6.37 petang itu membabitkan lima kenderaan, iaitu sebuah Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza, selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas. Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang. "Tiba-tiba sebuah lori yang membawa muatan pasir yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar belakang Honda HRV terbabit dan Proton Wira yang sedang berhe